Sunday, December 27, 2009
Wow! A Giant Slide
Posted by Arifashraf.blogspot.com at 1:42 AM 0 comments
Labels: menarik di NZ
Tuesday, December 22, 2009
Pokok Kuari Besar
Posted by Arifashraf.blogspot.com at 12:54 AM 0 comments
Labels: menarik di NZ
Sunday, December 13, 2009
Cerita tentang Arif
Arif tak berapa pandai lagi tulis blog sendiri...so, terpaksalah mama yang tolong updatekan...bila mama yang update lambat sikitlah...main gabung je banyak aktiviti dalam satu entry...jom mari kita lihat aktiviti Arif...
Waktu Petang...Arif suka ke sekolah bersama papa dan kawan2 papa...kalau tak ke padang Glamorgan School, pergi ke padang Albany School... Arif suka main bola, lumba lari , main tennis dan main tag
Dewan sekolah ArifMain lumba lari dengan kakak dan Daniele
Letihnya...rehat jap lepas main bola
Main tag dengan Daniele dan adiknya
Dengan kawan2 masa hari sukan
Melihat Chrismas parade di Browns Bay
Baru terima pam yang Ayah Long kirim...Arif terus suruh papa pam basikal...tapi tak jadi...lepas tu kempis balik tayar...papa kata kena baiki dulu
Posted by Arifashraf.blogspot.com at 11:11 PM 0 comments
Labels: Hobi
Wednesday, December 2, 2009
Ikut papa sembahyang raya
Ni mama yang tolong tulis blog ni
Pagi Sabtu lepas Arif ikut papa pergi sembahyang raya haji di gelanggang Netball...Arif pergi dengan papa dan kakak saja...mama tak ikut sebab jaga Min dan Adik...
Lepas sembahyang raya pergi Long Bay...Seronok sebab dapat jumpa ramai kawan...Kawan baik Arif ialah Adib dan Aiman (anak Chik Hisyam) dan Ashraf (anak Chik Suhaimi)...kat Long Bay ada macam permainan...ada sukaneka dan tukar- tukar hadiah...Arif kenyang sangat sebab dapat makan macam2...
Gambar Arif dan AdibNi tengah main pusing relung sambil lari
Tengah tengok orang tukar- tukar hadiah
Posted by Arifashraf.blogspot.com at 7:44 PM 0 comments
Labels: Pertemuan
Saturday, November 28, 2009
Lamanya tak naik basikal
Hari ni mama yang tolong tulis blog Arif sebab dah lama tak update...
Dah lama betul Arif tak naik basikal...kat rumah Arif tak boleh naik basikat sebab bahaya...hari ni Arif rasa seronok sangat sebab dapat naik basikal Ashraf..lepas tu dapat main bola sepak dan main gayut-gayut kat Taman Albany School...lepas tu main boomerang kat rumah Chik Biha...
Fuyoo...bestnya dapat naik basikal
Bola kesayangan Arif...papa beli kat Umbro Factory Sale ($10)
Petang- petang papa mesti bawa Arif main bola
Posted by Arifashraf.blogspot.com at 1:38 AM 0 comments
Labels: Hobi
Tuesday, November 24, 2009
Hobi Arif
Kalau kat Malaysia Arif suka main guli...kat sini Arif suka main tennis dan futsal...biasanya main kat padang Albany School...Kawan baik Arif namanya Ashraf...umur dia pun 7 tahun jugak...Sekolah ni dekat dengan rumah Ashraf...biasanya Ashraf akan bawa basikal...bolehlah Arif main basikal dia...Kawan- kawan Arif yang lelaki tak ramai sangat kat sini...Kakaklah ramai kawan...Mizah dan Azi...
Main bola kat Long Bay
Perlawanan Futsal Kanak- Kanak
Main Tennis dengan Zahim
Gambar ni Pakcik Azhar yang ambil...
Posted by Arifashraf.blogspot.com at 3:29 PM 0 comments
Labels: Hobi
Sunday, November 22, 2009
Arif di Sekolah
Nama sekolah Arif Glamorgan School...Arif duduk Room 6...Arif baik dengan Jay Jay tapi Arif selalu gaduh dengan Karl...Waktu rehat biasanya main tennis dan makan bekal yang mama buat...biasanya roti dgn jem strawberry, jemput pisang, waffer, roti john, roti telur, kek, pizza dan buah- buah...Arif tak bawak nasi sebab malu..tak ada orang bawak nasi kat sini
Dulu hari pertama nak masuk kelas Arif malu sangat sebab tak pandai cakap B.Inggeris...sekarang dah boleh sikit- sikit...kat kelas Arif ada sorang budak Indonesia...dia faham bahasa Indonesia tapi tak boleh cakap
Gambar Arif dalam kelas...tengah main dengan kawan- kawan
Gambar nak pergi sekolah
Gambar Arif balik dari sekolah...dulu mama ambil...sekarang dah balik sendiri
Posted by Arifashraf.blogspot.com at 5:14 PM 0 comments
Labels: Glamorgan School
Friday, November 20, 2009
5 Tahun Dahulu...
Posted by Arifashraf.blogspot.com at 6:56 PM 0 comments
Labels: kenangan