BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 15, 2010

Ayam tambatan

Ayam tambatan??? ni kisah bola sepak lagi...sekarang ni Arif tengah rancak berlawan bola sepak (Bola sepak winter, perlawanan setiap hari Sabtu)....walau pun sekarang Arif tengah berpuasa tapi tidak menghalang semangat nak main bola...kesian pulak...

Arif bermain dalam pasukan Knighton Cougars...kira wakil sekolah untuk kategori junior...ni keputusan perlawanan yang sempat mama catatkan...

- 24/7 (Knighton Cougars lwn St Joseps Sparks) menang 3-1 (2 Arif Score)
- 31/7 (Knighton Cougars lwn Hukanui Rototuna Flames) menang 3-0 (3 Arif Score)
- 07/8 (Knighton Cougars lwn bankwood Stars) menang 4-2 (3 Arif Score)
- 14/8 (Knighton Cougars lwn St Joseps Sparks) seri 1-1 (1 Arif Score)
- 21/8 (Knighton Cougars lwn )Hukanui Rototuna Flames....belum lagi
- 28/7 (Knighton Cougars lwn bankwood Stars)...belum lagi

Sekarang ni tinggal 2 perlawanan lagi...Arif berharap sangat dia jadi star...mama harap pun gitu jugak...

Arif sedang bersiap sedia berjuang untuk Knighton Cougars
Sedang berjuang
Knihgton cougars
Berlatih tepi padang
Couch Arif...
Arif masa 5 tahun...masa ni bermain dalam pasukan Tadika Kemas Lepar

Wednesday, May 26, 2010

Join Team Bola

Sekarang Arif dah join team bola Knighton Normal School...setakat ni dah dua perlawanan yag Arif sertai...yang pertama tak ingat dah kat sekolah mana dan yang kedua kat Tamahere School...

Pasukan Arif menang 4-0...yang bestnya 3 daripada 4 gol tu Arif yang score...TQ papa kerana bagi peluang Arif main bola...ramai orang puji papa...diaorang kata..."your son is good"...he he papa mesti bangga...

Inilah team Arif...yang kepala botak tu coach Arif
Ramai parent yang datang bagi sokongan
Perlawanan pada waktu tengahari sebab sini tak panas
Arif & the geng
Family jugak datang bagi sokongan
Thanks mama
Coach Peribadi...my papa
Tengah berlawan

Wednesday, May 5, 2010

Seronoknya dapat main bola dgn papa

Sekarang ni Arif kemaruk nak main bola...sebab sekarang dia ada sumber inspirasi iaitu Angah...hari ni Arif bukan main gembira sebab papa & kawan2 papa ajak main bola kat padang Warehouse...


Arif yang pakai baju merah tu (baju Kelab MU)

Wednesday, April 14, 2010

Bye Glamorgan School

Kesian Arif kena tinggalkan kawan2 kat Glamorgan School...Arif baru nak rapat dengan mereka esp team bola sepak mereka...tiap2 hari Arif mesti bawa bola sebab sampai kat sekolah ramailah kawan2 yang akan cari Arif sebab nak ajak main bola...tak apalah mungkin kat Knighton Normal School nanti Arif boleh bina team bola sepak yang baru...

Ni gambar classmate Arif kat Glamorgan School & guru kelas Arif...Mrs Harisson

Ni best friend2 Arif

ni saya kat depan kelas saya...Room 24

Tuesday, March 16, 2010

Hai malangnya nasib saya

Minggu lepas Arif terjatuh dari skateboard...habis muka Arif luka2...tapi hari ni dah okey...Arif dah tak sabar nak ke sekolah jumpa kawan2...

Kat sekolah arif suka main bola dengan kawan2...bila Arif sampai kat sekolah kawan2 arif terus panggil ajak main bola...rindunya nak main bola dengan kawan2

Hai I'm okey now...

Monday, March 8, 2010

David Arifmugan


Andainya aku pergi sebelummu
Janganlah kau besedih hati
Andainya aku tiada lagi disisimu
bla bla bla

nilah dia David Arifmugan...he he he

Tuesday, February 2, 2010

Mandi Kolam

Hari ni cuti sempena hari ulangtahun Auckland...Hari  ni kami sekeluarga pergi ke rumah Chik June...selepas berehat sekejap di rumah Chik June kami ke kolam renang (kolam renang di apartment Chik June)....Arif rasa sungguh seronok sebab dah lama tak berenang di kolam...dulu waktu kat Malaysia, Papa selalu ajak berenang kat Kolam di Wisma Belia...Lihatlah gambar Arif ni

Arif dan Kakak sedang berenangMama, Wafa & ZahimMama & Chik June