BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 27, 2009

Wow! A Giant Slide

Petang papa pergi picnic dengan kawan- kawan dia kat Kell Park...Lepas makan Arif pergi main- main dengan kawan- kawan....Wow! Arif jumpa a giant slide (papan gelungsur gergasi)...seronok sebab kami boleh gelungsur beramai- ramai...Papa dan Chik Zack pun main jugak gelungsur tu...Seronok...macam- macam aksi kami buat...duduk, baring dan terlentang...nanti Arif nak ajak papa datang lagi sebab taman ni dekat je dengan rumah kami...


Tuesday, December 22, 2009

Pokok Kuari Besar


Waktu balik dari Coromandel papa dan kawan2 singgah tengok pokok besar....sebelum sampai kat pokok tu kena panjat bukit dulu...best sebab Arif tak pernah tengok pokok sebesar tu...umur pokok tu dah tua...kata papa dah 1200 tahun...pokok tu bentuk square sebab tulah nama dia Square Kuari...tengoklah gambar2 kat bawahSebelum tu Arif pergi kutip mussel kat pantai...sejukkk...tapi Arif tak caripun mussel...Arif cuma kejar ketam je kat celah2 batu...Arif paling suka main baling- baling batu...haa tengok tu

Sunday, December 13, 2009

Cerita tentang Arif

Arif tak berapa pandai lagi tulis blog sendiri...so, terpaksalah mama yang tolong updatekan...bila mama yang update lambat sikitlah...main gabung je banyak aktiviti dalam satu entry...jom mari kita lihat aktiviti Arif...

Waktu Petang...Arif suka ke sekolah bersama papa dan kawan2 papa...kalau tak ke padang Glamorgan School, pergi ke padang Albany School... Arif suka main bola, lumba lari , main tennis dan main tag 

Dewan sekolah ArifMain lumba lari dengan kakak dan DanieleLetihnya...rehat jap lepas main bolaMain tag dengan Daniele dan adiknyaDengan kawan2 masa hari sukanMelihat Chrismas parade di Browns BayBaru terima pam yang Ayah Long kirim...Arif terus suruh papa pam basikal...tapi tak jadi...lepas tu kempis balik tayar...papa kata kena baiki dulu

Wednesday, December 2, 2009

Ikut papa sembahyang raya

Ni mama yang tolong tulis blog ni

Pagi Sabtu lepas Arif ikut papa pergi sembahyang raya haji di gelanggang Netball...Arif pergi dengan papa dan kakak saja...mama tak ikut sebab jaga Min dan Adik...

Lepas sembahyang raya pergi Long Bay...Seronok sebab dapat jumpa ramai kawan...Kawan baik Arif ialah Adib dan Aiman (anak Chik Hisyam) dan Ashraf (anak Chik Suhaimi)...kat Long Bay ada macam permainan...ada sukaneka dan tukar- tukar hadiah...Arif kenyang sangat sebab dapat makan macam2...

Gambar Arif dan AdibNi tengah main pusing relung sambil lariTengah tengok orang tukar- tukar hadiah